Keretapi Dah Tak Penuh.
Tuesday, November 11th, 200830hb 9 2008, aku balik beraya di kampung, Kajang, Selangor. Aku terpaksa menaiki keretapi, setelah tiket² bas ekspress Johor Bahru- Kuala Lumpur habis. Jadi, pengangkutan keretapi menjadi alternatif buat aku untuk pulang beraya.
Sebelum aku membeli tiket keretapi, aku harapkan nasib dapat menyebelahi aku. Alhamdulillah, tiket untuk aku ada. Kalau tidak, beraya di perantauanlah aku.
Aku jangkakan stesen keretapi Johor Bahru sesak dengan orang ramai. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Tidak ramai penumpang yang ada di situ.
Senario kali ini berbeza berbanding dengan tahun ‘90an, di mana setiap kali menjelang Aidilfitri, keadaan pasti sesak dengan orang yang ingin membeli tiket, pulang berhari raya di kampung halaman di samping sanak saudara yang tercinta.
Pada pendapat aku, mungkin ramai yang pulang beraya dengan menaiki kapal terbang, sebab tambang kapal terbang sekarang ni dah murah. J

